The Government of Brunei Darussalam

Jabatan Telekom... Biskita Kami Dulukan...

            

                       

 

 

 

 

                                                                                                                 

Pendahuluan

Perkhidmatan telekomunikasi mula diperkenalkan di Brunei Darussalam seawal-awalnya dalam tahun 1920an apabila litar telegrap antarabangsa yang berbentuk wireless telah digunakan untuk menghubungkan Brunei Darussalam dan Labuan. Di tahun 1924, litar telefon kebangsaan yang pertama telah dipasang untuk menghubungkan Pejabat Residen British ke rumah kediaman beliau.

Pengenalan perkhidmatan telefon adalah titik mula kepada perubahan yang besar di dalam cara orang ramai berhubungan di negara ini. Mulai tahun 1930an, perkhidmatan telefon menjadi semakin penting bagi penduduk Brunei Darussalam teruatama sekali kepada komuniti niaga, industri minyak dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.

Jabatan Telekom Brunei (JTB) kemudiannya ditubuhkan sebagai sebuah jabatan Kerajaan pada tahun 1952. Sebelum itu, perkhidmatan telekom adalah di bawah pentadbiran Pejabat Pos dan Telegraf. Semenjak penubuhan itu, sistem dan infrastruktur telekomunikasi di negara ini secara beransur-ansur melalui era permodenan. Perubahan tersebut kian amat ketara setelah Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1984.

Hari ini, JTB merupakan salah sebuah daripada enam jabatan di bawah Kementerian Perhubungan dan menyediakan kepelbagaian perkhidmatan domestik dan antarabangsa bagi perkhidmatan hubungan suara, pesanan dan data. Sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi kebangsaan, JTB adalah komited untuk memainkan peranannya utamanya sebagai pemudahcara kepada perkembangan infokomunikasi di negara ini.

Sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan penswastaan, fungsi regulatori JTB kini secara beransur-ansur dipindahkan ke sebuah unit regulatori di bawah Kementerian Perhubungan.

 

 


|| Pendahuluan | Visi, Misi & Fungsi | Carta Organisasi | Panduan Telefon Dalaman | Akta-Akta Telekomunikasi | Program & Strategi Pembangunan | Perkhidmatan-Perkhidmatan | Barangan | Peraturan & Prosedur | Tarif & Kod-Kod IDD | Borang-Borang | Perkhidmatan On-Line | Perhubungan | Maklum Balas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||