The Government of Brunei Darussalam

Jabatan Telekom... Biskita Kami Dulukan...

            

                       

 

 

 

Perkhidmatan-Perkhidmatan

Perkhidmatan Telefony

Dalam peringkat perancangan awal bagi pembinaan semua bangunan baru termasuk rumah-rumah dan kedai-kedai, bangunan-bangunan yang sedia ada atau yang sedang dalam pengubahsuaian, para arkitek, kontraktor dan jurubina yang berkenaan hendaklah menghadapkan pelan-pelan yang menunjukkan saluran-saluran kabel, bilik (PABX dan Kabel), pembahagian pendawaian dalaman dan konduit-konduit perkhidmatan-perkhidmatan telefon kepada Jabatan Telekom Brunei untuk diluluskan. Tanpa pelan-pelan tersebut maka keperluan-keperluan untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan telefon dan sebarang pengubahsuaian atau penukaran yang akan dilakukan bagi memasang kemudahan-kemudahan tersebut di kemudian hari akan menelan belanja, menyukarkan dan memakan masa.

Pelanggan hanya diperbolehkan untuk mengupah kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Telekom sahaja untuk memasang kabel-kabel dan soket-soket telefon di dalam bangunan, rumah atau kedai mereka. Secara alternatif, pelanggan dibolehkan untuk membuat pemasangan sendiri menurut kehendak-kehendak Jabatan Telekom. Kabel-kabel pandawaian dalam, soket-soket telefon, kotak pembahagian dan alat-alat telefon bolehlah dibeli dari pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Jabatan Telekom apabila laluan kabel lain-lain keperluan telefon telah diluluskan oleh Jabatan Telekom.

Pelanggan adalah bertanggungjawab bagi penggantian kabel-kabel pembahagian telefon yang lama dan sebarang kabel yang samada telah rosak sepenuhnya atau sebahgaiannya yang tidak sesuai untuk perkhidmatan telefon.


Dail Terus Antarabangsa (DTA) dan Panggilan Bantuan Operator

Perkhidmatan ini disediakan oleh JTB yang membolehkan pelanggan untuk mendail terus ke beberapa negara di seluruh dunia. Panggilan yang tidak disambungkan melalui operator akan dikenakan bayaran tertakluk kepada penggunaan tanpa dikenakan caj minima.

Perkhimdatan Panggilan Bantuan Operator juga disediakan oleh JTB. Pangilan-panggilan ini akan dikenakan bagi setiap 3 minit minima dan penggunaan sepanjang minit-minit berikutnya.

Tuntutan bagi panggilan antarabangsa akan disertakan keterangan setiap panggilan termasuk nombor yang dipanggil, tarikh, masa dan caj yang dikenakan.

Pelanggan yang mempunyai kemudahan DTA boleh membuat panggilan antarabangsa dengan mendail:

Kod Laluan (00) + Kod Negara + Kod Kawasan + Nombor dipanggil

Sebagai contoh, panggilan ke Kuala Lumpur 2345678:
00 + 60 + 3 +2345678

Pelanggan yang tidak mempunyai kemudahan DTA, panggilan boleh dibuat melalui operator. Untuk membuat panggilan anatarbaangsa pelnggan hendaklah mendail:

Kod Laluan (01) + Kod Negara + Kod Kawasan + Nombor dipanggil

Sebagai contoh, panggilan ke Kuala Lumpur 2345678:
01 + 60 + 3 +2345678

Ini dengan sendirinya akan mendaftarkan keterangan-keterangan yang dikehendaki bagi melengkapkan panggilan tersebut di papansuis operator dan juga akan menjimatkan masa dalam menyambungkan setiap panggilan.

Panggilan Dari Luar Negeri ke Negara Brunei Darussalam

Membuat panggilan ke Brunei dari luar negeri menggunakan DTA adalah seperti berikut:

Kod Laluan (00) + Kod Negara Brunei + Kod Kawasan + Nombor dipanggil di Brunei

Sebagai contoh, panggilan dari Kuala Lumpur ke Brunei 234567:
xx + 673 + 2 +234567


Maklumat Jangka Masa dan Harga Panggilan

Jika awda ingin mengetahui maklumat tentang jangka masa penggunaan dan harga panggilan, awda hendaklah mendail:

Bahasa Inggeris - Kod Laluan 091 menggantikan 00
Bahasa Melayu - Kod Laluan 092 menggantikan 00

Awda akan menerima maklumat jangka masa dan harga panggilan sebaik saja panggilan dibuat.

Kembali ke Perkhidmatan-Perkhidmatan

 

 


|| Pendahuluan | Visi, Misi & Fungsi | Carta Organisasi | Panduan Telefon Dalaman | Akta-Akta Telekomunikasi | Program & Strategi Pembangunan | Perkhidmatan-Perkhidmatan | Barangan | Peraturan & Prosedur | Tarif & Kod-Kod IDD | Borang-Borang | Perkhidmatan On-Line | Perhubungan | Maklum Balas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||